* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 19 September 2026

TITIK POSITIF 3177 12 Sept 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3177
12 Sept 2026M
30 Rabiul Awwal 1448H
Sabtu


Jangan Jadi Pengikut yang Hilang Arah : Tapis Trend dengan Ilmu, Bukan Reaksi Manusia

Terlalu takut dikatakan "ketinggalan zaman" kerap kali membuatkan kita terlupa pada garis panduan agama. Tanpa sedar, kita jatuh dalam perangkap ikut-ikutan tanpa fikir:
Orang buat, kita ikut.
Orang kata bagus, kita puji.
Bila ditanya sebabnya, jawapannya cuma: "Sebab orang lain pun buat."

Peringatan Rasulullah SAW
Hakikat ini telah diperingatkan oleh Nabi Muhammad SAW menerusi jawapan yang menjadi cermin diri kita hari ini:

"...sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kalian akan mengikuti mereka."

(Hadis Sahih, Riwayat al-Bukhari, no. 7320)

Cuba tanya hati kita sejenak. Berapa banyak perkara yang kita lakukan hari ini betul-betul kerana kita faham kebaikannya, dan berapa banyak yang kita buat semata-mata kerana takut kelihatan pelik di mata manusia?

Perkara yang asing, jika hari-hari dilihat, lama-kelamaan akan terasa biasa. Apabila sudah ramai yang membuat, kita mula berhenti menyoal sama ada ia betul atau salah. Daripada gaya hidup, hiburan, hinggalah soal rezeki dan makan minum harian.

Agama tidak pernah menolak kemajuan mahupun perkara baharu. Tak semua trend itu salah. Namun, setiap trend baharu tetap perlu ditimbang dengan timbangan ilmu dan panduan agama.
Jangan sampai kita bersungguh-sungguh mencari pelbagai alasan untuk ikut, tetapi malas dan berat hati untuk mencari penjelasan hukum yang sebenar.

Jadilah pemikir, bukan sekadar pengikut. Tapis setiap perkara baharu dengan neraka-syurga dan halal-haram, bukan sekadar 'viral' atau tidak.

Jika kita berani melakukan sesuatu secara terbuka di hadapan manusia, pastikan kita sudah bersedia dengan jawapannya apabila menghadap Allah kelak.

Menjadi unik dan berbeza kerana memegang prinsip agama jauh lebih mulia daripada tenggelam dalam arus semata-mata mahu diterima orang ramai.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::

Catat Ulasan