* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 20 September 2026

TITIK POSITIF 3180 15 Sept 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3180
15 Sept 2026M
3 Rabiul Akhir 1448H
Selasa


JOM KERJA DENGAN AMANAH : INTEGRITI ITU NILAI DIRI KITA! 

Sering kali kita mendengar cerita di tempat kerja :

"Bos tak ada, kita kerja..." "Bos keluar, 'relax' lah sikit!"

TETAPI, INGATLAH : Integriti bukan untuk 'menunjuk-nunjuk' kepada ketua. Integriti bermaksud kita melakukan perkara yang betul, sama ada ketua memerhati atau tidak. Itulah amanah yang sesungguhnya.

KENAPA PENTINGNYA INTEGRITI ?

1) Menjaga Masa & Tanggungjawab. Kita selesaikan kerja dengan baik kerana itu adalah komitmen kita, bukan kerana paksaan.
2) Membina Kepercayaan. Organisasi yang cemerlang dibina atas rasa saling percaya, dan kepercayaan bermula daripada setiap daripada kita.
3) Kerja Lebih Bermakna : Bila kita ikhlas dalam setiap tugas, hasilnya bukan sahaja lebih baik, malah ia akan memberi kepuasan tersendiri kepada diri kita.

AYUH JADI PEKERJA YANG BERINTEGRITI!

Tak perlu tunggu dipantau untuk buat perkara yang betul. Ada orang tengok atau tidak, amanah tetap amanah. 

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::

Catat Ulasan