Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3184
19 Sept 2026M
7 Rabiul Akhir 1448H
Sabtu
BERSIHKAN HABUK, SERLAHKAN POTENSI!
Sama seperti kita menepuk karpet, sasaran kita bukan untuk merosakkan karpetnya, tetapi untuk membuang kotoran yang menutup keindahannya.
Begitulah kuasa sebuah teguran.
Bila seseorang menasihati kita, mereka bukan mahu meruntuhkan diri kita, tetapi mahu membantu kita menyingkirkan kelemahan agar potensi sebenar kita kembali bersinar.
Nasihat adalah bukti cinta dan kepedulian, bukan lambang hinaan.
Buka dada, lapangkan jiwa. Jadikan setiap teguran sebagai batu loncatan terhebat untuk kita bangkit dan bertukar menjadi versi diri yang jauh lebih kental dan luar biasa.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
0 komen ::
Catat Ulasan