Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3192
27 Sept 2026M
15 Rabiul Akhir 1448H
Ahad
Mungkin hari ini kita belum mengerti mengapa ibu kerap berleter dan menyuruh kita itu dan ini.
Namun suatu hari nanti, apabila usia semakin mendewasakan kita, barulah kita faham bahawa setiap tindakan ibu adalah ungkapan tersirat: "Ibu menyayangimu lebih daripada sesiapa pun di dunia ini."
Di sebalik setiap teguran, terselit doa yang tidak pernah putus. Di sebalik setiap kepenatan, ada tekad yang kuat untuk melihat kita tersenyum.
Kitalah sumber kekuatan ibu untuk terus berjuang, biarpun hidup terasa berat.
Harapan ibu cuma satu — agar kita menjadi insan yang baik dan bahagia.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::
Catat Ulasan