Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3200
5 Okt 2026M
24 Rabiul Akhir 1448H
Isnin
Apabila nama kita terukir pada batu nisan yang dingin dan bunga-bunga di atas pusara mula layu, mereka yang pernah berjanji untuk sentiasa menemani mula jarang berkunjung, tenggelam dalam urusan serta kebahagiaan duniawi mereka.
Lalu bagaimana dengan kita? Ditinggalkan sendirian di dalam tanah, menanti hari pembalasan dengan kecemasan yang tiada terperi.
Ketika itu, barulah penyesalan meragut jiwa. Kita baru sedar betapa ruginya mempertaruhkan kewajipan agama semata-mata untuk meraih keredaan manusia. Dalam kegelapan dan kesunyian itu, tiada lagi penolong selain amalan sendiri. Yang setia menemani hanyalah sejauh mana kita menjaga pandangan, sejauh mana kita menjauhi maksiat, dan sebesar mana rasa takwa kita kepada Allah SWT.
Sebelum takdir menjemput dan nama kita terpahat di batu nisan, pulanglah. Perbaikilah hubungan kita dengan Allah SWT.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::
Catat Ulasan