* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 20 Oktober 2026

TITIK POSITIF 3214 19 Okt 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3214
19 Okt 2026M
8 Jamadil Awwal 1448H
Isnin


KUASA "KUN FAYAKUN" BUKAN PADA KITA

Kadang-kadang kita terlupa yang kita ini cuma manusia biasa. Bila kita nak sesuatu benda berubah, kita nak ia berlaku serta-merta ... macam petik jari, prap! Terus jadi.

Tapi hakikatnya, kuasa "Kun Faya Kun" (Jadilah! Maka jadilah ia) itu milik mutlak Allah SWT, bukannya ada pada genggaman kita.

Kenapa kita kena kembali berpijak di bumi nyata?

- Kita cuma manusia biasa. Kita tidak ada kuasa ajaib untuk ubah takdir atau dapat kejayaan dalam sekelip mata. Kita kena terima hakikat bahawa kita ada keterbatasan fizikal, emosi, dan fikiran.
- Tiada jalan singkat dalam hidup. Nakkan hasil yang kukuh, kena lalu proses kehidupan yang panjang. Jalan pintas selalunya hanya memberikan hasil yang rapuh.
- Pendidikan dan pembentukan diri memang rumit.... Lagi-lagi bab mendidik anak, mendidik di sekolah, membina kerjaya, atau memperbaiki diri sendiri. Ia satu proses yang rumit, penuh fasa jatuh bangun, dan perlukan kesabaran yang tinggi. Tidak boleh terburu-buru.
- Kita kena ikhtiar dengan cara yang betul, berilmu, dan berdisiplin. Jangan berserah secara membuta tuli tanpa buat apa-apa, lepas tu panggil itu "tawakal". Tawakal sebenar adalah bila kita dah buat kerja sehabis baik, baru serahkan hasilnya pada Tuhan.
- Kita tidak boleh mengawal semua perkara. Kita tidak boleh ubah sesuatu benda secara bersendirian. Banyak faktor yang terlibat .. emosi, kesihatan, dan tahap tenaga diri sendiri (dalaman). Persekitaran, orang sekeliling, dan sokongan kewangan (luaran). Ujian atau takdir yang memang di luar jangkaan kita (luar kawal).

Bila kita faham yang kuasa Kun Faya Kun itu milik Allah, kita takkan cepat stres bila proses hidup terasa lambat, dan kita takkan sombong bila sesuatu usaha itu menjadi.
Tugas kita cuma satu.  Buat usaha terbaik, ikut proses yang betul, dan lepaskan selebihnya kepada Allah. 

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::

Catat Ulasan