* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 1 November 2026

TITIK POSITIF 3222 27 Okt 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3222
27 Okt 2026M
16 Jamadil Awwal 1448H
Selasa


Adakah kita berbuat baik kerana ikhlas, atau sebab takut orang tak suka bila kita menolak?

Pernah tak kita mengalah dan cakap "tak apa" semata-mata nak jaga hati orang, tapi hati sendiri penat menanggung semuanya?
Menjadi baik itu mulia, tetapi berbuat baik tanpa batas boleh merosakkan diri sendiri.

Jangan korbankan ketenangan dan maruah diri demi memuaskan hati semua orang. Kita tak mampu buat semua orang gembira.
Kita tetap berharga walaupun tidak dapat penuhi semua permintaan orang lain. Jangan takut ditinggalkan hanya kerana berkata "tidak".

Berkata "TIDAK" bukan bermaksud kejam. Menolak permintaan orang lain adalah tanda kita belajar menghormati batas dan kemampuan diri sendiri.

Dalam Islam, berbuat baik menuntut hikmah dan keadilan. Kesejahteraan diri juga wajib dijaga.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::

Catat Ulasan