* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 3 November 2026

TITIK POSITIF 3229 3 Nov 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3229
3 Nov 2026M
23 Jamadil Awwal 1448H
Selasa


Kadang-kadang, ’step back’ tu bukan bermakna kita gagal.

Tidak salahpun kalau kita melakukan kesilapan kecil atau kena berundur satu langkah ke belakang. Dari situ sebenarnya kita dapat tengok gambaran yang lebih luas untuk melangkah lebih jauh.

Belajar memaafkan diri sendiri. Berundur sekejap untuk kumpul tenaga dan betulkan strategi, bukan bermaksud kita mengaku kalah.

Ada masa pintu terbuka luas, ada masa rasa sempit sangat. Bila keadaan makin baik, sentiasa fleksibel dan jangan cepat patah semangat.

Kejayaan ttidak mestinya tentang kita seorang sahaja. Tidak salah kita berikan peluang kepada orang lain. 
Bila kita rendahkan diri dan berundur sikit, kita sebenarnya tengah bagi peluang untuk orang lain pulak bersinar.

Tidak perlu nak kejar semua benda sampai penat seorang diri. Kadang-kadang, jalan paling bijak adalah dengan bagi ruang untuk orang di sekeliling kita tumbuh bersama. 

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::

Catat Ulasan