Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM ingin mengucapkan terima kasih tentang keprihatinan tuan dan mengambil maklum terhadap perkara ini.
Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi pada tahun-tahun hadapan. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan atau pendapat dalam usaha penambahbaikan pengendalian peperiksaan di Malaysia. LPM akan mengambil maklum cadangan tuan untuk dilihat semula tentang penyelarasan penggunaan kalkulator dalam peperiksaan awam akan diberi pertimbangan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4 Disember 2009
0 komen ::
Catat Ulasan