KPM sangat menghargai minat masyarakat terhadap perkembangan SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP). Sesungguhnya pandangan yang diberikan dapat membantu KPM memantapkan lagi pengurusan SBP.
Sebagai makluman kepada penulis, KPM mempunyai syarat dan kriteria dalam pemilihan dan penempatan murid di SBP. Dasar penempatan 70% murid luar Bandar di SBP masih kekal sehingga kini. Oleh itu, pandangan yang menyatakan penempatan murid SBP didominasikan oleh golongan berada sahaja adalah kurang tepat. Malah berdasarkan penempatan murid yang terkini daripada sejumah 32,836 murid di SBP terdapat 17.6% murid dari keluarga di bawah paras kemiskinan.
KPM juga tidak menafikan peluang murid dari bandar untuk mendapat peluang belajar di SBP. Sehubungan itu, 30% tempat di SBP diperuntukkan kepada murid-murid di Bandar. Justeru itu, terdapat segelintir ibu bapa murid yang tergolong dalam golongan berada.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kemasukan murid ke SBP, ibu bapa boleh mendapat maklumat lengkap dari BPSBPSK melalui Talian Tel: 03-8884 9626 atau dialamatkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Aras 3 & 4, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 DISEMBER 2009
0 komen ::
Catat Ulasan