Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dan Garis Panduan Menghadapi Banjir tersebut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA / BANJIR DI PERINGKAT JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dan Garis Panduan Menghadapi Banjir tersebut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 8 TAHUN 2010, - PROSEDUR PEMBAYARAN BIL UTILITI SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2011
2. Kementerian Pelajaran diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bekas GSTT, Shah Alam“ dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Harian Metro bertarikh 4 Oktober 2010 – Serap GSTT ke jawatan tetap. Untuk makluman, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dilantik adalah untuk menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru pada sesuatu masa. Perkhidmatan mereka akan ditamatkan setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, GSTT boleh dilantik ke jawatan tetap setelah memenuhi syarat-syarat lantikan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 |
Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.
Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).
Sukacitanya dimaklumkan bahawa takwim pelaksanaan Ujian SEGAK 2 / 2010 oleh sekolah-sekolah adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh pelaksanaan di peringkat sekolah : 12 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010
Sehubungan itu , mohon kerjasama sekolah untuk merancang dan melaksanakan Ujian SEGAK di peringkat sekolah dalam tempoh yang ditetapkan di atas. Pihak sekolah hendaklah memastikan Ujian SEGAK ini dijalankan dengan sempurna, menggunakan peralatan yang standard dan mematuhi peraturan yang ditetapkan . Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 hendaklah dijadikan panduan dalam melaksanakan ujian ini.
Rumusan dan dapatan data Ujian SEGAK 1/2010 telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dalam pelaksanaan Ujian SEGAK 2/2010 ini. Antaranya ialah ujian tidak dijalankan dengan sempurna, tidak dirancang, tiada taklimat kepada murid dan guru, ada murid yang tidak melaksanakan ujian SEGAK, ada data Ujian yang diisi secara "maya", iaitu murid tidak melaksanakan ujian tetapi ada markah, kurang atau tiada pemantauan dari pentadbir sekolah dan sebagainya.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan supaya taklimat kepada guru dan murid dijalankan sebelum ujian dijalankan. Untuk memastikan ujian ini dijalankan dengan sempurna dan data dapat disediakan dengan tepat dan bertanggungjawab, perancangan hendaklah dibuat dengan teliti dan direkodkan. Pengumpulan data ujian hendaklah menggunakan perisian yang digunakan untuk Ujian SEGAK 1/2010.
Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah diminta menghantar laporan pelaksanaan program berkenaan dengan kadar segera ke pejabat ini. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah yang telah berbuat demikian.
Sebarang kemuskilan dan pertanyaan sila rujuk Wan Nadzri Wan A.Rahman (PPPD Kurikulum) atau En. Shamshudin Othman, Jurulatih Utama SEGAK .
Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih.
Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Lampiran 2 : Aplikasi_SEGAK.zip
Lampiran 3 : Manual_SEGAK
Lampiran 4 : Prosedur_Segak