* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 25 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 25 2019

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 25 2019
25 Jan 2019
19 J.Awwal 1440H
Jumaat

Orang yang hebat mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mempunyai sasaran masa untuk mencapainya.
Mereka bercita-cita dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Mereka "tahu" dan "mahu" berjaya.

Kesedaran untuk berjaya itu datang daripada fikiran/minda sedar (tahu) dan datang daripada hati/roh/jiwa/minda bawah sedar/minda segar (mahu), maka mereka memang bersungguh-sungguh berusaha dan sanggup bekerja keras untuk menempa kejayaan.

Rasa "tahu" dan "mahu" berjaya itu, membuatkan perasaan/semangat dan tindakan mereka senada, iaitu untuk menyemai kejayaan yang bakal mereka tuai pada masa hadapan (apa yang mereka fikir dan rasakan itulah yang mereka lakukan). Maknanya mereka sudah "tahu" apa yang mereka "mahu" lakukan dan tidak boleh lakukan pada masa kini, untuk membolehkan mereka menikmati kejayaan pada masa akan datang.

Jadinya… Mersing juga boleh menjadi sebuah daerah yang hebat.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::

Catat Ulasan