Assalamu a’laikum wrth
Salam
Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 26 2019
26 Jan 2019
TITIK POSITIF HARI 26 2019
26 Jan 2019
20
J.Awwal 1440H
Sabtu
Orang yang hebat sentiasa bersedia
dengan kekuatan mental dan emosi untuk bersabar dan tidak mudah kecewa dan
mengalah.
Mereka menyedari bahawa jalan
menuju kejayaan itu bukanlah mudah, sebaliknya berliku-liku dan penuh cabaran,
kerana harga sesuatu kejayaan itu sangat mahal.
Sebaliknya mereka sentiasa menerima
segala dugaan, cubaan dan halangan sebagai satu pengorbanan sebelum berjaya
menggapai kejayaan.
Mereka perlu mengorbankan masa,
kewangan, harta, tenaga, kepentingan diri dan kepentingan keluarga demi
memastikan kejayaan berada dalam genggaman mereka.
Mereka sentiasa cekal, kebal dan
berdaya tahan emosi untuk menempuh segala kemungkinan, terutama terhadap
sesuatu yang berlaku di luar jangkaan dan sasaran mereka. Mereka sentiasa
memberikan respons positif biarpun berhadapan dengan situasi dan peristiwa
negatif. Mereka mempunyai matlamat lain yang sedang menanti, dan mempunyai
jangkaan yang positif tentang apakah yang akan mereka tempuhi seterusnya.
Mereka tidak lemah semangat apabila
berhadapan dengan masalah, bahkan masalah dianggap sebagai cabaran yang perlu
dihadapi dengan tabah.
Apabila berhadapan dengan masalah,
mereka tidak fikirkan masalah sebagai halangan, tetapi mereka fikirkan jalan
untuk keluar daripada masalah tersebut.
Maknanya masalah, bukan batu
halangan, tetapi sebagai batu loncatan atau peluang untuk berjaya.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
0 komen ::
Catat Ulasan