IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
JAWATAN :
1) PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM.
2) PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
SYARAT KHUSUS
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang berada di Gred DG44 Hakiki atau DG44 /DG48 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan sedang memegang jawatan Guru Besar, Guru Akademik Biasa, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran di mana-mana Sekolah Rendah dan Menengah daerah Mersing.
SYARAT UMUM
1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3 tahun) di jawatan pentadbiran (secara hakiki) sehingga 31 Disember 2019;
2. Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5 tahun) tempoh perkhidmatan sebelum tarikh bersara wajib mulai 02 Januari 2020;
3. Memperoleh markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 90% ke atas bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;
4. BEBAS daripada TINDAKAN TATATERTIB dan LULUS tapisan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM);
5. Telah mengiystiharkan harta (tempoh lulus harta tidak melebihi lima (5) tahun);
6. BEBAS daripada Senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
7. Bersedia berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing; dan
8. DIPERAKU oleh Ketua Jabatan
PERMOHONAN
Permohonan jawatan seperti di atas boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut;
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DERAH MERSING
KM2, JALAN JEMALUANG
86800 MERSING, JOHOR
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA)
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 08 DISEMBER 2019.
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
1 Disember 2019
Lampiran :
Surat_Iklan_Kekosongan_Jawatan.pdf
Iklan_Kekosongan_Jawatan_Di_PPD_Mersing.pdf
BORANG_PERMOHONAN_JAWATAN_PPP_GRED_LAMPIRAN_A.docx
BORANG_PERMOHONAN_JAWATAN_LAMPIRAN_B___C.docx
0 komen ::
Catat Ulasan