Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 336 2019
2 Dis. 2019M
5 Rabi'ul Akhir 1441H
Isnin
KESAN SUKA MENANGGUH KERJA
1. Beban Kerja Akan Bertambah Banyak
Kita akan sukar mencari masa untuk menyelesaikan tugasan dengan cepat dan cekap. Ini akan menyebabkan stres. Kerja yang banyak akan menyebabkan kita tertekan dan tidak tahu hendak menyelesaikan mana satu dahulu. Akhirnya banyak kerja yang tak mampu di selesaikan dan banyak yang tertunda.
2. Menunjukkan Personaliti Diri Yang Kurang Baik
Sikap suka menangguhkan kerja akan menunjukkan kita seorang yang tidak cekap. Di pandang remeh oleh segelintir orang dan rakan sekerja. Ada sesetengah orang tidak suka suka terhadap individu yang suka menangguhkan kerja. Bayangkan jika orang tersebut adalah majikan kita, apa bakal berlaku? Sudah tentu majikan sedang memikirkan alternatif lain dan sedang berkira-kira untuk menggantikan tempat kita dengan orang yang lebih baik.
3. Hasil Kerja Kurang Berkualiti.
Kerja yang disiapkan “Last Minutes” atau keadaan yang tergesa-tergesa tidak akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan. Buat kerja 'asal siap' atau 'asal ada'. Tugasan mungkin tidak dapat disiapkan mengikut 'dateline' dan kualiti kerja yang rendah.
4. Kerjasama Sukar diwujudkan
Jika kita suka menangguhkan kerja, orang lain sukar untuk mewujudkan kerjasama dengan kita. Hal ini kerana, kerjasama memerlukan individu yang berdisplin ketika membuat tugasan.
Kita harus cuba menyelesaikan tugasan kita dan elakkan daripada sikap bertangguh.
Mungkin kadang-kala kita sibuk sehingga menyebabkan banyak perkara tidak dapat diselesaikan. Mungkin kita mempunyai masalah keluarga, tapi bersikaplah profesional agar ianya tidak menjejaskan organisasi. Dalam hal ini, kita harus tahu mencari masa untuk menyiapkan tugasan kita dan berbincang dengan majikan sebarang masalah yang timbul.
Suka menangguh kerja itu adalah tanda tanda manusia ego. Berubahlah sebelum terlambat...
#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
#TindakanSealimKata
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan