* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 16 Februari 2026

TP 2914 TITIK POSITIF HARI 355 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2914
TITIK POSITIF HARI 355 2025M
23 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 179 1447H
1 Rejab 1447H
Selasa

BELAJAR DARI DAUN

Daun hijau nampak biasa sahaja berada di atas pokok.
Dia adalah cikgu paling senyap... Semasa berada di atas pokok, daun meneduhkan sesiapa sahaja, tidak pernah memilih siapa yang boleh berteduh di bawahnya. Baik atau jahat, semuanya diterima.
Daun tidak pernah bising dan tidak pernah minta dipuji. Cuma satu yang daun tahu, iaitu berbakti.
Namun... hijau itu tidak kekal. Sampai masa, ia akan menjadi kuning, kering sama seperti kita manusia.

Sekuat manapun kita sekarang, nanti akan menua juga.
Daun, bila gugur, dia tidak marah pokok. Tidak salahkan takdir. Sebaliknya turun ke tanah dengan cara paling terhormat. Ia tahu tugasnya dah selesai.
Jatuhpun tidak sia-sia... hancur jadi baja untuk menghidupkan benih yang baharu.
Hidup daun penuh jasa hingga ke hujung nyawa.
Jadilah macam daun. Hidup memberi manfaat, pergi meninggalkan jasa. Bukan menyusahkan orang.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan