Salam Mahabbah
TP 2915
TITIK POSITIF HARI 356 2025M
24 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 180 1447H
2 Rejab 1447H
Rabu
7 CARA AGAR KITA SENTIASA DISEGANI RAMAI ORANG
Disenangi itu adalah bonus, tetapi disegani akan lahir daripada sikap, konsistensi dan prinsip hidup.
1. Tepati Kata-Kata Kita. Sekali kita mungkir, kepercayaan akan runtuh.
Orang segan kepada mereka yang kurang bercakap, tetapi menepati janji.
2, Jangan Terlalu Banyak Bercakap. Orang yang tenang dan tahu bila perlu diam selalunya lebih dihormati daripada yang suka menonjol.
Diam yang tepat pada waktunya lebih bernilai daripada kata-kata yang kosong.
3. Tegas Tanpa Kasar. Ketegasan menunjukkan prinsip. Kekerasan hanya menunjukkan emosi. Orang segan kepada mereka yang boleh berkata tidak tanpa perlu meninggikan suara.
4. Hormati Semua Orang Tanpa Pilih Pangkat . Cara kita melayan tiada apa-apa menentukan siapa diri kita sebenarnya.
Hormatilah semua. Itu tanda kelas dan kematangan.
5. Jangan Mudah Mengeluh. Masalah ada pada semua orang. Bezanya adalah orang disegani mengurus masalah bukan menjadikannya bahan cerita.
6. Kawal Emosi Dalam Apa Jua Situasi. Orang yang boleh mengawal diri ketika marah, akan sentiasa dihormati ketika tenang.
Bila emosi kita terkawal, wibawa kita akan meningkat.
7. Konsisten Dengan Prinsip Hidup. Bukan populariti yang buat orang segan, tetapi konsistensi nilai.
Hari ini sama seperti semalam. Itu yang buat orang percaya.
Tidak semua orang perlu menyukai kita. Cukuplah mereka menghormati kita.
Kerana hormat lahir daripada siapa diri kita ketika tiada siapa yang memerhati.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan