* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 17 Februari 2026

TP 2917 TITIK POSITIF HARI 358 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2917
TITIK POSITIF HARI 358 2025M
26 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 182 1447H
4 Rejab 1447H
Jumaat

ORANG BODOH

"Orang jahil, lisannya ada di depan hati. Jika ingin berbicara apa sahaja, maka dia keluarkan." 

- Imam Hasan Al-Basri - 

Kini kita berada pada satu zaman di mana kebodohan sering tampil dalam bentuk yang berani dan terbuka.
Berani berbicara tanpa ilmu.
Berani menilai tanpa memahami.
Berani menghakimi hanya daripada layar.
Kritik yang dulu lahir daripada kepedulian dan ilmu, kini berubah menjadi serangan personal.
Menusuk peribadi. Menghina rupa, suara bahkan takdir.
Betapa ramai orang yang tanpa takut, membuat komentar ciptaan Allah SWT seolah-olah mereka lebih mengetahui.
Wajah seseorang, warna kulitnya, tubuhnya, semuanya menjadi bahan olok-olok.
Padahal setiap tubuh adalah ciptaanNya. Setiap bentuk adalah kehendakNya.
Maka menghina ciptaan, sama sahaja seperti mencela Pencipta.
Lisan yang tidak dijaga adalah tanda hati yang tidak dilatih.
Kebodohan adalah saat seseorang berbicara sebelum berfikir.

Terlalu ramai orang-orang yang bodoh seperti ini di sekeliling kita.
Jangan jadikan kita salah satunya.
 
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan