* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 16 Februari 2026

TP 2916 TITIK POSITIF HARI 357 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2916
TITIK POSITIF HARI 357 2025M
25 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 181 1447H
3 Rejab 1447H
Khamis

SKILL YANG MEMBUATKAN KITA SUKAR DIGANTI DI TEMPAT KERJA

Dalam era teknologi yang berkembang lebih pantas daripada kemampuan manusia mengejarnya, satu perkara menjadi semakin jelas ialah skill asas sahaja tidak lagi mencukupi.

Organisasi boleh melatih sesiapa sahaja untuk ikut SOP, jalankan prosedur, atau guna perisian. Tetapi tidak mudah menggantikan individu yang memiliki kualiti kerja yang jarang ada, skill yang terbina daripada karakter matang, ketenangan, dan konsistensi.

Inilah jenis skill yang membuatkan seseorang kekal relevan walaupun persaingan semakin sengit dan banyak pekerjaan mula digantikan oleh kecerdasan buatan. Ramai orang bekerja keras, tetapi tidak semua bekerja secara strategik.

Ramai yang fokus meningkatkan kemahiran teknikal, tetapi terlupa membina kemahiran teras yang menjadikan mereka bukan sekadar berguna, tetapi penting.

Skill yang membuatkan anda sukar digantikan bukanlah yang rumit, tetapi yang ditunjukkan secara konsisten, sehingga kehadiran anda membawa kestabilan

1. Menyelesaikan Masalah Tanpa Drama
Ramai pandai menganalisis, tetapi sedikit yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah.
Organisasi tidak perlukan pengulas, mereka perlukan pelaksana.
Individu yang tenang, tidak menambah kekecohan, dan fokus mencari penyelesaian ialah aset besar, terutama ketika keadaan genting.

2. Konsisten Tanpa Perlu Dipantau
Sesiapa sahaja boleh bekerja apabila diawasi. Tetapi tidak ramai yang kekal berdisiplin tanpa disuruh. Konsistensi tanpa pengawasan ialah skill bernilai tinggi kerana ia membina kepercayaan. Pekerja malas mudah diganti, tetapi orang yang boleh diharapkan hampir mustahil digantikan.

3. Berfikir Jangka Panjang.
Mereka yang berfikir jauh memahami kesan setiap keputusan. Bukan sekadar mengejar sasaran hari ini, tetapi memastikan tindakan tidak mencipta masalah di masa depan. Inilah pola fikir profesional sejati, dan ia lahir daripada kematangan mental.

4. Komunikasi Yang Jelas dan Tegas
Kemahiran teknikal tanpa komunikasi yang baik sering berakhir dengan kekeliruan.
Individu yang mampu menyampaikan idea dengan ringkas, tersusun, dan tepat pada masanya akan menjadi pusat rujukan dalam pasukan. Peranan seperti ini sukar digantikan.

5. Kecerdasan Emosi Ketika Tertekan
Kualiti sebenar seseorang terserlah ketika berada di bawah tekanan. Mereka yang kekal tenang, menghormati orang lain, dan berfikir secara rasional akan menjadi penstabil kepada pasukan. Individu sebegini jarang ada, dan sentiasa dijaga oleh organisasi.

6. Inisiatif Memperbaiki Kekurangan
Ada yang menunggu arahan, dan ada yang nampak ruang untuk diperbaiki lalu bertindak.
Mereka yang berinisiatif mencipta nilai tambah, bukan sekadar menjalankan tugas.
Selalunya, golongan inilah yang naik ke tahap seterusnya lebih cepat.

7. Integriti Dalam Setiap Keputusan
Integriti ialah asas kepercayaan. Kemahiran boleh dipelajari, tetapi karakter tidak.
Organisasi lebih memilih individu yang boleh dipercayai daripada orang yang sangat bijak tetapi berisiko. Integriti adalah sebab seseorang kekal dalam jangka panjang.

Menjadi sukar digantikan bukan tentang menjadi paling genius.
Ia tentang menjadi tenang ketika orang lain panik, jelas ketika orang lain keliru, dan boleh diharapkan tanpa perlu diawasi.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan