* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 12 Mac 2026

TITIK POSITIF 2992 11 Mac 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 2992
11 Mac 2026M
21 Ramadan 1447H
Rabu


KEHIDUPAN ADALAH SATU PROSES. KONSISTENSI BUKAN MUDAH

Memulakan sesuatu mungkin mudah kerana adanya motivasi.
Merasai kejayaan amat melegakan kerana terlihat hasil. Namun di pertengahan jalan, seumpama berada di gurun pasir: tiada tepukan, tiada hadiah, hanya keringat dan cabaran yang membosankan. Hampir 90% orang berhenti di tengah perjalanan.

Bayangkan sebuah batu besar yang pecah pada pukulan ke-100. Adakah pukulan ke-100 itu luar biasa? Tidak. Batu itu pecah kerana retakan yang terkumpul daripada 99 pukulan sebelumnya, yang mungkin dianggap sia-sia. Usaha kita hari ini mungkin ibarat pukulan ke-50. Sekilas tampak tiada hasil, tetapi sebenarnya struktur masalah sedang kita lemahkan.

Ada yang bekerja hanya menunggu “mood”. Tetapi mereka yang profesional bekerja kerana janji. Jika kita hanya bergerak ketika hati senang, kita menjadi hamba kepada emosi sendiri. Jadilah tuan yang mampu memerintah diri untuk bergerak meskipun hati menolak.

Jangan terlalu memandang puncak gunung sekarang, nanti leher kita sakit. Lihatlah langkah kaki kita hari ini. Tugas kita bukan menyelesaikan segalanya sekaligus, tetapi memastikan hari ini tidak kosong. Walaupun hanya satu langkah kecil, ia tetap membawa kita ke hadapan.

Bosan? Penat? Itu tanda konsistensi sedang bekerja. Terimalah dan telanlah. Rasanya pahit, tetapi khasiatnya besar. Senyumlah. Bersabarlah. Tidak lama lagi kejayaan akan tiba. Dan jangan lupa, bersyukurlah.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan