* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 6 April 2026

TITIK POSITIF 3017 5 April 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3017
5 April 2026M
16 Syawal 1447H
Ahad


SEMPURNA ITU PENAT. PALSU ITU MENYAKITKAN

Dalam dunia hari ini terutama dalam media sosial, ramai orang rasa tertekan untuk nampak sempurna. Seolah-olah hidup mesti sentiasa cantik, berjaya, bahagia.
Tetapi hakikatnya, kehidupan sebenar penuh dengan naik turun, luka, silap, dan proses belajar yang panjang.

Kesempuranaan itu ilusi. Tidak ada manusia yang benar-benar sempurna. Bila kita terlalu kejar kesempurnaan, kita mudah rasa tidak cukup, cepat penat, dan selalu membandingkan diri dengan orang lain.

Kepalsuan pula adalah topeng. Kita berpura-pura kuat, berpura-pura bahagia, berpura-pura semuanya okay... sedangkan dalam diam kita penat. Masalahnya, makin lama kita pakai topeng, makin jauh kita dari diri sendiri.

Hakikat yang lebih menenangkan, hidup ini tidak perlukan kesempurnaan, tapi kejujuran. Cukup jadi manusia yang:

• jujur dengan perasaan sendiri
• terima kekurangan tanpa benci diri
• cuba jadi lebih baik, walaupun perlahan

Kadang-kadang, menjadi real itu lebih berani daripada menjadi perfect.
Dan percayalah... orang yang benar-benar memahami hidup, mereka tidak mencari kesempurnaan, tetapi keikhlasan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan