Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3072
30 Mei 2026
13 Zulhijjah 1447H
Sabtu
DRAMA TIDAK BERKESUDAHAN, JANGAN PULA KITA SENDIRI MENJADI SALAH SEORANG PELAKONNYA.
Konflik di tempat kerja yang dibiarkan tanpa penyelesaian awal boleh melarat menjadi sebuah "opera sabun" yang panjang. Jika tidak dibendung, drama bersiri ini bukan sahaja merosakkan emosi pekerja, malah melumpuhkan produktiviti seluruh organisasi.
Konflik manusia ini akan menimbulkan drama demi drama. Kebanyakan konflik berpunca daripada perbezaan personaliti, pertindihan peranan, salah komunikasi, penggunaan bahasa yang negatif, atau wujudnya rakan-rakan dalam organisasi yang mengejar agenda peribadi ("politik organisasi").
Perkembangan konflik bermula daripada perselisihan faham kecil yang dibiarkan tanpa penyelesaian cenderung menjadi semakin buruk dari semasa ke semasa, membawa kepada kebencian dan perpecahan yang lebih mendalam dalam organisasi atau pasukan.
Apabila komunikasi tidak jelas, ruang ini akan diisi dengan gosip dan khabar angin, malah boleh mencetuskan tindakan seperti berbalas mesej, cerita belakang yang pasif dan agresif.
Kitaran konflik yang tidak berkesudahan ini akan memusnahkan semangat pasukan, mengurangkan produktiviti, membuang sumber organisasi, dan mewujudkan persekitaran kerja yang toksik. Pada akhirnya, keadaan ini menyebabkan kekecewaan dan kemarahan di mana tiada satu pihakpun yang akan menang.
Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa proaktif dalam mengesan ketegangan dan menyelesaikan perselisihan faham sekecil manapun sebelum ia melarat. Tindakan dan penyelesaian yang bijak mampu menukarkan "drama air mata" ini kembali menjadi sebuah kerja sepasukan yang memacu kejayaan organisasi.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::
Catat Ulasan