* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 7 Jun 2026

TITIK POSITIF 3078 5 Jun 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3078
5 Jun 2026M
19 Zulhijjah 1447H
Jumaat


RUNTUHKAN EGO INDIVIDU ("ME") & MEMBINA SEMANGAT KEBERSAMAAN ("WE") DALAM PASUKAN

Dalam sesebuah pasukan, semua orang perlu bertindak sebagai pemangkin yang memacu peralihan ini melalui beberapa kaedah yang sesuai dan berkesan.

1) Untuk menjatuhkan sikap ego, ia memerlukan usaha kolektif pasukan secara bersama-sama.
Semua orang perlu memainkan peranan penting untuk menyatukan pasukan, memberikan hala tuju yang jelas, dan memastikan semua ahli bekerjasama menarik ke arah matlamat yang sama untuk meruntuhkan tembok ego tersebut.

2) Semua orang perlu mengetepikan kepentingan peribadi. Apabila kita mengamalkan sifat empati, ketelusan, dan sedia menerima maklum balas tanpa melatah, ia memberi isyarat kepada ahli pasukan bahawa sikap ego tidak mempunyai tempat dalam organisasi.

3) Ego sering kali muncul sebagai mekanisme pertahanan apabila seseorang berasa terancam atau tidak dihargai. Seorang yang hebat akan mewujudkan persekitaran yang selamat di mana ahli pasukan berani untuk bersuara, mengaku kesilapan, dan berkongsi idea tanpa takut dihakimi. Apabila individu berasa selamat, keperluan untuk meninggikan ego diri sendiri akan berkurangan dengan sendirinya.

4) Pasukan yang berkesan akan sentiasa mengalihkan tumpuan dan penghargaan daripada pencapaian individu kepada kejayaan pasukan. Ini menggalakkan setiap ahli untuk menghargai konsep kebersamaan ("WE") berbanding mengejar kemuliaan peribadi.


Jom kita.. siapa lagi? Kita lerr..

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan