* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 13 Jun 2026

TITIK POSITIF 3082 9 Jun 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3082
9 Jun 2026M
23 Zulhijjah 1447H
Selasa


PECAHKAN TEMBOK SISI BURUK DIRI

Kita semua berada di posisi kerja bukan sekadar menjalankan tugas semata-mata, tetapi memikul amanah besar dalam membentuk masa depan anak-anak bangsa. Maka, marilah kita utamakan perkhidmatan yang terbaik, meletakkan kepentingan umum di hadapan, jauh mengatasi karenah diri yang kadangkala menjadi tembok penghalang kepada kemajuan bersama.

⛔️ Sudah-sudahlah dengan konflik yang melelahkan :

Konflik diri yang berpanjangan.
Konflik ketuanan yang menuntut pengiktirafan tanpa usaha.
Konflik kepentingan yang membelenggu keputusan.
Konflik komunikasi yang sarat dengan ego, prasangka dan manipulasi.

Semua ini bukan sahaja merugikan kita, malah mencalarkan semangat kolaborasi dan menjejaskan kemenjadian murid yang menjadi fokus utama kita.

💪 Ayuh kita pecahkan tembok dalam diri—tembok yang dibina daripada rasa tidak puas hati, sikap mementingkan diri sendiri, dan keengganan untuk berubah. Kita tidak boleh bergerak laju jika ada yang masih memilih untuk berjalan perlahan. Kita tidak akan sampai ke destinasi jika ada yang memilih untuk berpatah balik.

🌱 Marilah kita bergerak sederap, selangkah dengan kelajuan yang sama. Tinggalkan sisi buruk yang melemahkan. Bangkitkan sisi baik yang menyuburkan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan