Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3085
12 Jun 2026M
26 Zulhijjah 1447H
Jumaat
JANGAN MENANGIS KERANA KEHILANGAN, BERSYUKURLAH KERANA PERNAH MEMILIKI
Saat hidup ketika kehilangan teras begitu sunyi, seakan dunia mendadak kehilangan warna. Namun di sebalik setiap perpisahan, tersimpan kisah yang pernah menghangatkan jiwa sebuah kenangan yang tidak akan pernah hilang.
Kita sering menangisi apa yang pergi, seolah-olah lupa bahawa sebelum itu kita pernah berdoa untuk memilikinya. Ketika doa kita dikabulkan, bukankah ia satu anugerah yang sepatutnya kita syukuri?
Hidup bukan tentang menggenggam selamanya, menerima bahawa setiap yang datang itu ada membawa waktunya untuk tinggal dan pergi dengan caranya yang tersendiri. Tidak semua yang kita cintai atau suka itu, ditakdirkan untuk menetap.
Kesedihan adalah bahasa hati, namun jangan biarkan ia menghapuskan rasa syukur yang mendalam. Kehilangan bukanlah satu pengakhiran segalanya tetapi satu pelajaran tentang keikhlasan.
Apa yang telah pergi mungkin tidak akan kembali dalam bentuk yang sama, tetapi ia meninggalkan jejak dalam doa dan kenangan serta kematangan.
Belajarlah untuk melihat ke belakang bukan dengan air mata, tetapi dengan senyum yang tenang. Kerana ada cerita yang kita pernah dipertemukan dengan sesuatu yang indah walaupun ianya hanya sementara.
Rasa memiliki sering membuatkan kita lupa bahawa segala sesuatu itu hanyalah pinjaman. Dan setiap pinjaman itu akan diambil kembali. Ia bukan bermakna dirampas,tetapi kita sedang diajar untuk lebih bergantung kepada Allah Yang Maha Esa.
Jangan mengutuk waktu yang pergi, kerana ia pernah hadir dalam hidup kita.
Mungkin hari ini hati kita terasa berat, namun satu hari nanti, kita akan melihat semua itu dengan sudut pandang yang berbeza. Apa yang pergi, telah membentuk kita menjadi kuat, lebih sedar dan lebih bijak.
Bersyukur bukan bererti kita tidak merasa sedih, tetapi kita memilih untuk tidak tenggelam di dalamnya. Kita tetap menghargai apa yang pernah ada tanpa memaksa alam mengulangi cerita yang sama.
Setiap kenangan adalah bukti bahawa kita pernah hidup, pernah mencintai, pernah bahagia. Ia bukan sia-sia.
Jika hari ini kita kehilangan, jangan hanya menunduk dalam luka. Angkatlah hati kita perlahan-lahan dan berbisiklah kepada diri kita bahawa kita pernah memilikinya, ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Melepaskan adalah sebahagian cinta yang paling matang.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen ::
Catat Ulasan