* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 15 Jun 2026

TITIK POSITIF 3087 14 Jun 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3087
14 Jun 2026M
28 Zulhijjah 1447H
Ahad


Dunia ini hanya persinggahan. Apa yang datang akan pergi. Apa yang pergi akan kembali kepada-Nya.
Tenanglah hati kerana kehilangan adalah sebahagian perjalanan pulang.

Hidup ini terasa begitu singkat seolah-olah semua yang kita genggam hanyalah bayangan  yang melalui jari-jari waktu.

Dunia bukan tempat tinggal yang abadi. Ia hanya persinggahan bagi jiwa yang sedang berjalan pulang. Maka janganlah terlalu terikat denan apa yang fana' kerana yang sementara pasti akan berlalu dan yang pergi bukanlah bererti hilang selamanya.

Ada luka yang tidak terlihat, namun terasa begitu dalam. Kehilangan sering datang secara tiba-tiba. Namun di sebalik setiap kehilangan ada pelajaran sunyi yang mengajar kita tentang erti berserah.

Kita mungkin sering bertanya, "Mengapa aku?" Tetapi masa akan menjawab dengan caranya sendiri bahawa tidak semua yang kita inginkan, baik untuk kita dan tidak semua yang pergi adalah sebuah kerugian.

Hati yang tenang bukanlah hati yang tidak pernah kehilangan, tetapi hati yang mampu menerima bahawa setiap yang datang memang telah ditetapkan waktunya untuk pergi. Setia yang pergi akan membawa kita lebih dekat kepada-Nya.

Jangan biarkan kehilangan membuatkan kita hancur. Biarkan ia membentuk kita menjadi lebih kuat dan lebih bijaksana. Kerana daripada luka akan lahir kesedaran yang tidak pernah diajar oleh kebahagiaan.

Kita harus merelakan bukan kerana kita tidak peduli, tetapi kerana kita sedar bahawa memaksa yang tidak ditakdirkan hanya akan melukai diri sendiri. Ikhlas bukan bererti tidak sedih, tetapi tetap berjalan meskipun hati terasa berat.

Apa yang pergi, biarlah menjadi kenangan yang menenangkan, bukan beban yang menyiksa. Kenangan adalah cara alam mengingatkan bahawa kita pernah bahagia, meskipun sementara.

Dalam diam, belajarlah memahami bahawa semua ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. 
Percayalah .. Allah SWT tidak mengambil sesuatu tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin ia dalam bentuk ketenangan, kematangan atau mungkin jalan hidup yang lebih terang.
Tenanglah .....


JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan