Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3092
19 Jun 2026M
3 Muharram 1448H
Jumaat
TITIK POSITIF 3092
19 Jun 2026M
3 Muharram 1448H
Jumaat
BERKIRA-KIRA DALAM MENJALANKAN AMANAH ATAU TUGASAN KURANG DARIPADA 100%
Fenomena melaksanakan tugasan kurang daripada 100% kini boleh disifatkan sebagai satu "penyakit akhir zaman". Ia merujuk kepada krisis nilai di mana ramai individu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan, malah jauh tersasar daripada piawaian sebenar yang ditetapkan.
Penyakit ini dimanifestasikan melalui pelbagai gejala dan sikap negatif di tempat kerja seperti :
1) Tidak beretika, tiada integriti, tidak amanah, serta kerap mengada-adakan cerita (manipulasi dan penipuan).
2) Masalah sikap seperti culas, malas, bekerja secara acuh tidak acuh, dan sering mencipta pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab yang sebenar.
3) Pengurusan masa yang lemah, suka mencuri tulang dan tiada disiplin masa.
4) Kualiti kerja merosot, bekerja secara tidak cermat dan gagal menjiwai tugas yang digalas.
Rantaian pembohongan, sikap mengada-adakan cerita selalunya bermula dengan satu penipuan kecil untuk cover line atau menutup kerja yang tidak siap. Namun, logik akal manusia menuntut bahawa untuk mengekalkan satu pembohongan, kita terpaksa mencipta penipuan lain demi penipuan lain. Akhirnya, kejujuran hancur. Dalam sesebuah organisasi, kemahiran teknikal boleh diajar, tetapi pekerja yang hilang kejujuran adalah satu liabiliti yang bahaya.
Mereka yang sering mencipta alasan lazimnya meletakkan diri mereka sebagai "mangsa keadaan". Trafik sesak, sistem lambat, cerewet, atau menyalahkan rakan sekerja. Semuanya dijadikan kambing hitam asalkan bukan salah sendiri. Dengan menepis akauntabiliti (kebertanggungjawaban), mereka sebenarnya menutup pintu untuk muhasabah diri. Orang yang sentiasa ada alasan tidak akan pernah berkembang atau belajar daripada kesilapan.
"Bermain Wayang" yang menikam rakan sendiri adalah alasan yang direka-reka.
Mereka yang sering mencipta alasan lazimnya meletakkan diri mereka sebagai "mangsa keadaan". Trafik sesak, sistem lambat, cerewet, atau menyalahkan rakan sekerja. Semuanya dijadikan kambing hitam asalkan bukan salah sendiri. Dengan menepis akauntabiliti (kebertanggungjawaban), mereka sebenarnya menutup pintu untuk muhasabah diri. Orang yang sentiasa ada alasan tidak akan pernah berkembang atau belajar daripada kesilapan.
"Bermain Wayang" yang menikam rakan sendiri adalah alasan yang direka-reka.
Bayangkan, apabila seseorang terlepas daripada tugas dengan alasan yang dibuat-buat, kerja tersebut terpaksa dipikul oleh rakan yang lebih jujur. Keadaan ini sangat toksik kerana ia meruntuhkan semangat sepasukan. Orang yang berdedikasi akan mula merasa tawar hati apabila melihat rakan yang "pandai berlakon" sentiasa terlepas daripada hukuman atau teguran.
Komitmen kurang daripada 100% ini bukan sekadar kelesuan fizikal semata-mata, ia adalah kerosakan karakter. Apabila minda lebih kreatif mencari alasan berbanding mencari jalan penyelesaian, individu tersebut sebenarnya sedang mengkhianati potensi dirinya sendiri dan merisikokan keberkatan punca rezekinya. Orang yang cemerlang sentiasa mencari penyelesaian, tetapi orang yang bermasalah akan sentiasa mencari alasan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan