* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 13 Julai 2026

TITIK POSITIF 3116 13 Julai 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3116
13 Julai 2026M
27 Muharram 1448H
Isnin


JIWA MERONTA , GELORA HATI

"Apabila jiwa mula bergelora, kembalilah kepada paksi ketenangan dan kematangan. Ingatlah semula asal-usul tempat kita bermula, sedari di mana bumi yang kita pijak sekarang, dan pandanglah dengan jelas ke mana destinasi akhir yang ingin kita tuju. Jangan biarkan ribut seketika mengaburkan matlamat terbesar kita. 
Ingat, kita berada di dunia ini dalam sesebuah organisasi bukan untuk bergerak secara berasingan atau berpuak-puak, tetapi untuk bernafas dalam satu semangat kerja sepasukan yang utuh. Satukan hati, teguhkan langkah."

Mengingat asal-usul akan mendidik kita rasa rendah diri, menilai kedudukan sekarang memberi realiti, dan menetapkan destinasi masa depan yang memberi harapan.

Apabila kita tahu 'big why' kita, masalah kecil atau pergeseran emosi yang bersifat sementara tidak akan mampu melenyapkan impian jangka panjang.

Dalam sebuah organisasi, kita tidak memerlukan kelompok-kelompok kecil yang bergerak sendirian (berpasukan). Kita memerlukan satu jiwa besar yang bergerak dalam satu acuan yang sama (sepasukan). Kejelekitan inilah yang menukarkan retakan menjadi kekuatan.

Balik kepada yang asal. Back to Basic.
Normalisasikan perkara yang betul. Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

0 komen ::

Catat Ulasan