* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 26 Julai 2026

TITIK POSITIF 3128 25 Julai 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3128
25 Julai 2026M
10 Safar 1448H
Sabtu


DALAM BILIK MESYUARAT, BILA KITA LUPA

Bila orang lain bentang idea, kita bukan nak bantu bagi jalan keluar.
Kita terus mempersoal, mempertikai, dan kadang-kadang menyindir macam semua orang lain tidak cukup bagus.

Kononnya nampak tegas tetapi hakikatnya, sikap macam ni selalu buat bilik mesyuarat jadi tempat orang takut bercakap, bukan tempat orang berfikir.

Lama-lama pasukan kita jadi malas nak beri idea.
Bukan sebab tidak ada buah fikiran, tapi sebab penat bila setiap cadangan hanya disambut dengan sinis, sindiran, atau soalan yang menjatuhkan.

Pemimpin yang baik bukan sekadar pandai nampak salah.
Dia juga bantu cari arah.
Dia tidak hanya tanya “kenapa jadi macam ni?”
Dia juga tanya “jadi apa langkah seterusnya?”

Kerana mempertikai tanpa membina, itu bukan leadership.
Itu cuma meletihkan orang.
Kadang-kadang, bukan kerja yang paling memenatkan.
Tapi suasana yang buat kita rasa apa pun kita buat, tetap akan dipersoalkan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

0 komen ::

Catat Ulasan