Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3129
26 Julai 2026M
11 Safar 1448H
Ahad
Stress Kerja Bukan Cuma dalam Kepala: Bagaimana Tempat Kerja Toksik Merosakkan Badan dan Hormon Anda
Bukan pasal aircond.
Bukan pasal ventilasi.
Tapi pasal suasana kerja yang buat badan sentiasa rasa tak selamat.
Ada tempat kerja yang belum buka laptop pun dada dah berat.
Baru nampak nama tertentu naik dekat phone, jantung terus laju.
Baru dengar perkataan “urgent”, bahu terus tegang walaupun benda itu sebenarnya bukan kecemasan pun.
Lama-lama badan mula berubah.
Tidur tak lena.
Kulit makin meragam.
Muka nampak penat walaupun pakai makeup atau skincare mahal.
Tenaga macam kena sedut.
Mood cepat swing.
Postur badan pun jadi makin tertutup, macam hidup sentiasa dalam mode berjaga-jaga.
Stress di tempat kerja bukan duduk dalam kepala sahaja.
Cortisol yang tinggi terlalu lama boleh ganggu hormon, kacau kulit, kacau tidur, kacau selera makan, kacau emosi, dan buat badan rasa sentiasa “on”. Sebab itu ada orang nampak cepat kusam, cepat burnout, cepat sakit kepala, cepat hilang seri bila terlalu lama duduk dalam organisasi yang toksik.
Dan kita semua pernah nampak benda ini berlaku.
Ada kawan yang dulu dekat office lama, muka sentiasa letih.
Bawah mata jatuh.
Jerawat naik.
Senyum pun macam separuh jalan.
Bahu keras, badan lesu, aura pun macam malap.
Lepas dia quit atau pindah organisasi, terus nampak lain.
Muka lebih cerah.
Kulit makin okay.
Mata nampak hidup.
Badan nampak ringan.
Senyum pun betul-betul sampai ke mata.
Bukan magic.
Bukan semata-mata sebab facial.
Kadang-kadang badan cuma lega bila keluar dari tempat yang hari-hari membuat dia bertahan.
Sebab itu jangan terlalu bangga jadi orang yang sentiasa available, sentiasa jawab semua benda laju, sentiasa korbankan rehat sendiri demi satu email yang dilabel “urgent”.
Tak semua email urgent itu benar-benar lebih penting daripada kesihatan mental anda.
Tak semua arahan last minute layak dibayar dengan tidur anda.
Tak semua organisasi berbaloi kalau harga yang dibayar ialah kulit anda, hormon anda, tenaga anda, dan versi terbaik diri anda.
Kerja itu penting.
Tapi jangan korbankan kesihatan mental dan fizikal hanya kerana satu email yang dikatakan urgent.
Kalau badan anda makin hari makin berubah, jangan terus salahkan diri sendiri.
Kadang-kadang problemnya bukan anda malas.
Bukan anda lemah.
Kadang-kadang anda cuma terlalu lama bernafas dalam suasana yang salah.
- PublicHealthMalaysia -
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree
0 komen ::
Catat Ulasan