Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 2997
16 Mac 2026M
26 Ramadan 1447H
Isnin
Andai kita sedar betapa cepatnya kita akan dilupakan setelah kematian, nescaya kita tidak akan menghabiskan hidup kita untuk mencari pujian manusia selain keredaan Allah SWT yang tidak pernah melupakan hambaNya.
Imam Al-Ghazali (Ihya Ulumuddin) pernah membincangkan betapa bahayanya mencari kedudukan di hati manusia. Beliau menegaskan bahawa pujian manusia hanyalah fatamorgana yang tidak memberi manfaat di akhirat, dan hanya keredaan Allah yang bersifat kekal.
Sheikh Abdul Qadir al-Jailani (Futuh al-Ghaib) sering menekankan konsep "mematikan diri" daripada pandangan makhluk. Baginya, seorang hamba yang benar tidak akan terkesan dengan pujian atau cercaan manusia kerana fokusnya hanya kepada Sang Pencipta.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan