Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 2998
17 Mac 2026M
27 Ramadan 1447H
Selasa
PEMIMPIN YANG AMPUH DALAM PELBAGAI SITUASI
1) Komunikasi Jelas
- Pemimpin yang baik berbicara dengan jelas serta gemar mendengar.
- Komunikasi yang mudah difahami dapat mengelakkan salah faham.
2) Membina Kepercayaan
- Kepercayaan ialah asas kepemimpinan.
- Apabila orang percaya, mereka akan mendokong walaupun dalam keadaan sukar.
- Tanpa kepercayaan, kuasa atau jawatan tidak bermakna.
3) Menghormati Semua Orang
- Pemimpin sejati menghargai setiap individu.
- Apabila seseorang berasa dihormati, mereka akan bekerja dengan semangat dan penuh keyakinan.
4) Berani Bertanggungjawab
- Pemimpin yang kuat berani memikul tanggungjawab.
- Tidak menyalahkan orang lain apabila berlaku kegagalan.
5) Mendokong dan Membimbing
- Pemimpin hebat membantu orang lain berkembang.
- Memberi semangat serta menghargai setiap usaha.
6) Tenang Ketika Tertekan
- Kepemimpinan diuji ketika berdepan penentangan.
- Pemimpin yang tenang mampu memberi penjelasan dalam situasi sukar.
- Sikap tenang menjadikan pasukan lebih kuat dan berkeyakinan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan