* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 12 Julai 2026

TITIK POSITIF 3114 11 Julai 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3114
11 Julai 2026M
25 Muharram 1448H
Sabtu


DILARANG, LAGI DIBUAT

Satu penentangan psikologi, apabila seseorang merasakan kebebasan atau autonomi mereka tergugat disebabkan oleh peraturan atau larangan, otak mereka secara automatik akan memberontak. Bagi mereka, melanggar peraturan adalah satu cara untuk membuktikan, "Aku masih ada kuasa ke atas diri aku sendiri."

Kedegilan yang ketara ini biasanya didorong oleh beberapa faktor tersembunyi:

1) Mereka melihat peraturan bukan sebagai panduan, tetapi sebagai satu bentuk "kawalan" atau cubaan untuk merendahkan ego mereka. Melanggar peraturan secara terang-terangan adalah cara mereka mencabar autoriti.

2) Bagi sesetengah orang, mendapat publisiti negatif (dimarahi atau dihukum) adalah lebih baik daripada dipinggirkan atau tidak dipedulikan langsung.

3) Kelakuan sengaja melanggar peraturan ini selalunya merupakan simptom kepada masalah lain yang mungkin mereka rasa tidak puas hati dengan sistem, rasa tidak adil, atau rasa suara mereka tidak didengari.

Menghadapi orang sebegini dengan menambah sekatan biasanya akan memburukkan lagi keadaan.
Bagaimana pulak nak buat?

- Daripada berkata "Jangan buat X," tukar pendekatan kepada "Kalau awak buat X, kesannya akan merosakkan Y dan menyusahkan diri awak sendiri." Alihkan fokus daripada "kawalan" kepada "tanggungjawab".

- Golongan ini biasanya 'seronok' melihat orang yang menegur menjadi marah atau hilang sabar. Apabila tindakan tatatertib atau hukuman dikenakan secara tegas, tenang, dan strict mengikut buku tanpa drama emosi, "keseronokan" mereka untuk protes akan hilang.

- Kadangkala, memberi mereka sedikit ruang untuk memilih cara membuat kerja (asalkan matlamat tercapai) boleh mengurangkan rasa terancam dan menurunkan kadar kedegilan mereka.

"Orang yang sengaja melanggar peraturan untuk membuktikan kedegilan selalunya sedang terperangkap dalam ego sendiri, sehinggakan mereka sanggup 'membakar kelambu' asalkan dapat memuaskan hati."

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

0 komen ::

Catat Ulasan