Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3230
4 Nov 2026M
24 Jamadil Awwal 1448H
Rabu
UBALAH SUDUT PANDANG, MELIHAT DARI DUA SISI
Jangan biarkan bayangan negatif memadamkan cahaya keberanian, hingga kebaikan yang manis bertukar pahit dan kelam. Bangkit.. alihkan sudut pandang kita sekarang. Di sebalik setiap kepahitan, ada hikmah agung yang menanti untuk dibongkar.
Setiap ranjau kehidupan bukanlah penamat, tetapi pentas ujian dan pengajaran. Jangan serahkan minda kita untuk dijajah oleh prasangka. Luaskan sudut pandang, rangkul semua sisi positif dengan penuh tekad kerana fikiran yang jernih adalah kunci pembuka pintu kejayaan.
Ketenangan sejati bermula daripada hati yang berani bersangka baik. Pahit itu bukan petanda kalah, tetapi penempa jiwa yang kental. Belajarlah melihat dengan hati yang lapang, kerana apabila sudut pandang kita berubah, seluruh dunia kita akan bertukar menjadi ruang kemenangan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

0 komen ::
Catat Ulasan